Abang Kus Dalam Kenangan

Abang Kus Dalam Kenangan

Antara babak menarik ketika menonton filem Seniman Bujang Lapok tentunya ketika ketiga-tiga bintang baru ini nak menghafal skrip, tiba-tiba lagu Dondang Sayang kedengaran sangat kuat di sebelah bilik sewa bebudak bujang ini. Kelihatan Abang Kus dan isteri mudanya menari-nari hingga datang isteri tua menyerang bilik mereka.

Pastinya babak ini membuatkan kita sentiasa senyum dan tergelak lebih-lebih lagi suami-suami yang pasang lebih dan teringin nak pasang lebih. (bukan aku haa).. Petang tadi semasa membuka laman sosial kegemaran rakyat Malaysia, terbaca beberapa status belasungkawa, perginya Seniman yang kita kenali sebagai Abang Kus (8 Sept 1938 – 16 Feb 2013). Details untuk peristiwa ini insyaAllah kita boleh baca nanti di media-media yang melaporkan. Al-Fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *