Ular! Ular! Ular!

Ular!

Ke mana kepala ular tu tuju?! Hahaha.. Bersempena dengan tahun ular tahun ni, aku nak juga kongsi apa yang telah aku lalui beberapa ketika sebelum menjelang Tahun Ular.

1. Seperti gambar di atas, ini lah pertama kali aku pegang ular. Sejuk je badannya. Berat boleh tahan. Nakal tu tidak la. OK je pegang ular ni.

2. Mimpi Ular. Ada suatu ketika, aku bermimpi jumpa ular ade la dalam 2-3 malam. Orang kata jumpa ular murah rejeki. Ada pula kata mimpi ular ni ada musuh. Entah lah.

3. Tahun Ular atau Tahun “Pembetulan” ni banyak perkara aku nak set balik termasuk blog ini, projek-projek tergendala, dan projek-projek terbengkalai serta projek-projek baru. Mudah-mudahan rejeki masuk di samping rejeki anak sulung yang baru lahir. 🙂

4. Apa pun yang bakal berlaku sepanjang tahun ni, semoga berlaku dengan lancar dan baik. Lagipun tahun ini telah dibuka dengan suatu perubahan drastik yang menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Shares