Projek Ramadan 1433H

Projek Ramadan 1433H

Salam.

Selalunya menjelang bulan Ramadan pasti akan ada projek baru atau projek susulan ataupun sub-projek untuk aku usahakan untuk digunakan oleh Rakyat Maya Malaysia (Pengguna Internet Malaysia).. dan negara lain yang sudilah. Kali ini aku cuba maju setapak lagi dengan membangunkan Web Apps mudah untuk pengguna iPhone khususnya dan pengguna “mobile” atau “smartphone” amnya.

Projek ini aku kutip daripada projek Kalendar Hijrah yang masih berjalan secara harian di Twitter @KalendarHijrah (sila FOLLOW). Daripada sini, aku pindah paparan “kalendar tarik-tarik” ke dalam iPhone (dan mobile phone lain). Maka terhasillah apa yang anda lihat dalam gambar di atas. Menggunakan iPhone anda (atau mana-mana smartphone), layari http://touch.kalendarhijrah.com untuk melihat tarikh hijrah semasa. Versi 1.0 ini hanya papar itu saja. Converter belum release lagi walaupun ramai yang tanya.

Projek Ramadan 1433H - Blackberry

Paparan menggunakan Blackberry Bold 2

InsyaAllah sekiranya ada masa terluang sepanjang Ramadan ini, aku akan cuba hasilkan Web Apps yang ada converter lah ye. Kita merangkak sedikit demi sedikit. Untuk info, page ini HANYA boleh dilihat melalui telefon bimbit SAHAJA.. Tak kesahlah anda guna iPhone ke, BlackBerry ke, Note ke, S3 ke, HTC ke.. jika ia bersifat “mobile phone”, and boleh lihat, Kalau lihat melalui browser biasa di desktop / laptop, anda akan terus dilompatkan ke www.kalendarhijrah.com (melainkan anda guna mobile emulator).

So.. cubalah.. Salam Ramadan, Eratkan Jalinan..

2 Responses

  1. Zaid says:

    Dah cuba memang bagus web apps ni. Siap bookmark dalam iphone 🙂

  2. PaanMFR says:

    @Zaid,

    Thanks again Zaid.
    Kalau boleh nak sesuaikan dengan smartphone yang lain termasuk Android dan BB.. setakat ni OK la lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *