Tutorial Facebook: Evolusi Groups – Set Username

Tutorial Facebook: Evolusi Groups

Groups / Kumpulan dalam laman sosial Facebook merupakan antara fungsi terawal dalam Facebook. Namun fungsi ini berevolusi agak lambat. Tapi sejak kebelakangan ini, fungsi Groups berevolusi sedikit demi sedikit. Antara evolusi terbesar Groups adalah perubahan format dan kemampuan menukar (convert) dari format lama ke format baharu (untuk Groups yang “aktif”).

Kali ini Groups berevolusi lagi dengan dengan penambahan “username” dalam URL Groups ini. Fungsi yang sudah ada dalam Profile dan Fan Page ini antara yang dinanti-nantikan oleh admin-admin Groups sebagai satu kelebihan untuk mereka mempromosikan Groups mereka, dengan kata lain, strategi pemasaran (Marketing Strategy).

Baiklah, macam mana nak set username ini? Mari kita lihat URL biasa yang ada dalam Gropus.

http://www.facebook.com/groups/191015474294587/

Kemudian kita lihat pula URL yang sudah ada username.

http://www.facebook.com/groups/BloggerSelangor/

Nampak bezanya? Jika untuk Profile dan Fan Page, anda hanya perlu ke http://www.facebook.com/username untuk set. Untuk set username bagi Groups, mula-mula…

1. Klik pada Edit Group (kanan). Hanya admin Group itu sahaja yang ada link ini.

2. Pergi/ Klik pada Set Group Email

Tutorial Facebook: Evolusi Groups

3. Masukkan username yang anda inginkan. Nak gabung huruf besar (caps) dan huruf kecil pun boleh. Contoh di atas adalah contoh terbaik.

Tutorial Facebook: Evolusi Groups

4. Dengan terciptanya Groups Email ini, maka secara automatiknya, Gropus anda sudah ada username pada URL Groups anda bagi memudahkan anda promote..

Tutorial Facebook: Evolusi Groups

5. Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *