Kembara Tarawih: Masjid Wilayah Persekutuan

Masjid Wilayah

Baca Kmbara Tarawih sebelum ini: Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Salam. Kembara Tarawih pada hari Jumaat ini akan membawa anda ke masjid yang lebih besar, luar daripada kawasan Petaling Jaya. Hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Aku tiba di Masjid Wilayah ini setelah melalui kesesakan trafik yang agak kronik padakira-kira jam 6 petang. Kereta sudah memenuhi ruang letak kereta masjid. Banyak, terlalu banyak. Rupa-rupanya hari ini ada majlis Iftar Perdana anjuran JAWI yang melibatkan sekumpulan besar anak yatim.

Buka Puasa.Untuk Jemaah Masjid, tempat berbuka sudah disediakan di Anjung B (kanan Masjid jika mengadap kiblat). Kawasan ini juga disediakan khidmat penyerahan bubur lambuk “drive-thru”. Jemaah Masjid pun boleh ambil bubur lambuk ini untuk dimakan ketika buka puasa nanti. Operasi buka puasa: 1) Buka Puasa dengan kurma dan kuih 2) Solat Maghrib 3) Makan nasi. Tak perlu ulas panjang-panjang, ini bukan main event. hehe

Solat Tarawih. Solat Tarawih di Masjid Wilayah dilaksanakan sebanyk 20 rakaat. 2 Imam bergilir mengimami Jemaah Masjid Wilayah ini. Seperti biasa ayat-ayat daripada Al-Quran dibaca dalam rakaat-rakaat Solat Tarawih ini. Panjangnya ayat ini tidak konsisten, ada kalanya sependek 2 ayat, ada kalanya sepanjang 1 muka. Keadaan dalam masjid yang sejuk nyaman ditambah pula dengan hujan renyai membuatkan segelintir jemaah yang tersengguk2. Sejuk OK.

Aku tak sempat habiskan keseluruhan 20 rakaat Solat Tarawih ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. Perlu pulang ke Kajang segera. So, ulasan Pasca Tarawih seperti Witir, Tahli dan sebagainya tidak dapat dibuat. InsyAllah jika ada kesempatan, akan dibuat. Moreh disediakan untuk jemaah 8, dan disediakan juga untuk jemaah 20. Nak keluar? Ya.. betul.. sesak!

Kembara kali ini agak berbeza kerana aku membawa “spy” untuk memerhatikan bahagian muslimat. Memang seperti yang dijangka.. lepas saja salam terdengar bisik-bisik adik2 kita.. “Mana ek? Tak jumpa pun..” Ya, mereka mencari penulis novel kegemaran mereka, Ain Maisarah yang dikatakan menunaikan Solat Tarawih di sana. Tak tahulah mereka jumpa atau tak, tapi aku jumpa pengurusnya! Pengurusnya yang juga suaminya dan juga majikan aku sendiri. Jumpa pun sekejap sahaja.

Lagi kelainan yang aku dapat perhatikan, kebanyakan jemaah yang hadir di sini adalah sekumpulan keluarga! Ayah, Ibu dan anak-anak datang sejak berbuka puasa lagi. Jika masjid-masjid lain mengasingkan jemaah muslimin dan muslimat, di sini semuanya sekali. Duduk di lantai berbuka bersama keluarga. Nak ambil nasi tu je asing-asing. Sangat meriah, seronok melihat gelagat adik2 ini berbuka puasa.

Cukuplah dulu ulasan Kembara Tarawih hari ini. Kembara akan diteruskan Isnin ini dengan lokasi yang lain pula. Hujung minggu ini aku akan bertarawih di surau kediaman. Jika sempat, aku akan ulas. 🙂 Jumpa Lagi!

Baca Kmbara Tarawih seterusnya: Masjid Al-Makmuriah

4 Responses

  1. ArELeEz says:

    wah! bubur lambuk pun dah ade drive through skang, ek! hebat! ingtkan mc-d jer ade drive through. he3..

  2. PaanMFR says:

    tapi haritu kaunter kene letak dalam, sebab hujan. kalau pngunjung nak bubur tu kene turun kejap, jalan kaki sket, ambil bubur lambok.

  3. Abhamz says:

    salam, memang best dapat round masjid ke masjid bila mlm ramadhan. meriah dan syahdu…

  4. PaanMFR says:

    sekarang tgh mengarang ulasan malam ni punya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *